Friday, December 10, 2010

Ulau besau melingkau (Ular besar melingkar - slang melaka)

Cuba tengok gambar-gambar ular ni. Ade brani ke korang nak pegang...hehehe...


Fakta Menarik Tentang Ular
  • Ular tidak boleh mendengar seperti kita, mereka hanya mampu merasakan getaran disekitar mereka bukan mendengar sejelas yang kita dengar
  • Penglihatan ular lebih seperti sensor panas
  • Lidah ular berfungsi sebagai hidung dan mata kepadanya.
  • Ular sangat membenci garam, karena garam membuat permukaan lidah mereka mengalami gangguan.
  • Ular suka berjemur dikawasan yang panas untuk memanaskan badannya.
  • Beberapa jenis ular bisa bertahan hidup sampai berbulan-bulan tanpa makan. Terutama pada ular besar, seperti pada jenis Anakonda dan Piton. Ular makan makanan yang

Azam tahun baru 1432 Hijrah



Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan cakerawala. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada akan datang. Mana-mana azam yang tak dapat dicapai pada tahun lepas, harap-harap tahun 1432 Hijrah inilah yang akan menjadi titik permulaan segala perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik.

Apa yang aku nampak orang kita sekarang ni, terutama orang Islam kurang menyambut 1 Muharram berbanding 1 Januari setiap tahun. Sudah sememangnya kalendar Masihi menjadi panduan kepada seluruh dunia di masa ini. Tetapi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya melupakan bulan Hijrah yang begitu bermakna dan banyak hikmahnya. Pada tahun hijrahlah bermulanya detik penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah yang merupakan sebuah sejaraj yang amat besar dalam Islam. Dari kita kecil sampai dewasa kita telah didedahkan dengan keistimewaan bulan Islam. Apa yang dikecewakan, orang sekarang lebih menyambut 1 Januari sebagai hari yang dinanti-nantikan. Pada masa itulah terlihatnya keruntuhan moral anak-anak muda dipertontonkan yang mana pelbagai sambutan besar-besaran dibuat oleh pelbagai pihak. Konsert sana-sini, parti liar, seks bebas, rempit dan macam2 laaa. Ntah laa, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Teknologi makin canggih, hiburan makan banyak, orang pun makin ramai so macam-macam hal yang berlaku sekarang ini. Dah nak akhir zaman. Itulah sekadar pandangan aku, janganlah ada yang emo plak yer... Ini ada satu bonus untuk korang.

Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Muharram:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. 
Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 
 
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.



Friday, December 3, 2010

Terkenang zaman dulu-dulu...part 2

uBeberapa hari yang lepas aku cerita pasal barang-barang lama yang boleh mengimbau zaman 80an - 90an siap dengan gambar lagi. Kali ni aku tambah lagi beberapa keping gambar yang mungkin boleh menambahkan lagi nostalgia korang...


Sape yang pernah minum susu ni...? Aku dulu kecik-kecik minum susu ni laaa...