Tuesday, November 30, 2010

Terkenang zaman dulu-dulu...

Salam. Setelah sekian lama baru hari ini aku dapat membuka blog ini untuk di "update". Kebelakangan ini aku agak sibuk dgn tugasan di pejabat dan bila balik di rumah aku banyak menghabiskan masa untuk berehat dan tidur. Apa yang aku buat untuk menghabiskan masa selain tidur ialah melihat-lihat pada album gambar lama aku. Lama btul album gambar tu, masa umur aku 5 tahun zaman hujung 80an. 

Melihat pada gambar2 tu aku terkenang kehidupan pada masa tu...masa tu kita menggunakan macam2 jenis barang kegunaan harian, barangan berjenama,jenis makanan, pakaian atau mengamalkan budaya yang memang kita tidak akan jumpa lagi lah sekarang ni. Kalau korang nak tau cuba korang tengok gambar2 ni.....



 Bila time kenduri kawin, malam2 layan citer ni..pakai video tape, CD / DVD x wujud lagi.

Monday, November 22, 2010

Makhluk aneh yang ditemui di Thailand.

Kali ini,aku mendapat satu email yang agak aneh dan pelik. Email ni mengandungi gambar seekor atau seorang makhluk ganjil ditemui oleh penduduk sebuah kampung di Thailand. Penduduk kampung tu kemudian menyembah makhluk yang mereka anggap keramat sebelum diserahkan kepada saintis untuk dibuat kajian. Yang pasrinya, dalam gambar dan artikel tu tak sebut samaada makhluk tu masih hidup atau pun mati. Korang tengok dan komenlah sendiri...

Thursday, November 18, 2010

Bunyi Hon dan maksudnya...

Blogger Templates

Blogger Templates

Salam sejahtera. Hari ni aku di sudah berkerja semula setelah cuti 1 hari menyambut Hari Raya Aidiladha. Namun masih ramai ofificemate aku yang masih bercuti. Tengahari tadi aku keluar lunch berseorangan. Apa nak buat, nasib badan. Banyak kedai yang masih tak bukak, cuti raya lagi agaknya...
Setelah selesai menjamu selera, aku pun memulakan perjalanan pulang ke pejabat semula. Sedang dalam perjalanan, sebuah kereta Myvi di hadapan aku brake mengejut dan membunyikan hon agak panjang. Rasa-rasa nya dalam 6 harkat panjangnya (kalau dikira mengikut hukum tajwid mengaji al-quran). Nasib baik aku pun tak bawak laju dan sempat juga brake. Dalam pada tu rupa-rupanya baru aku tau apesal keta tadi wat brake emergency. Ade sebuah keta proton saga biru ni, main keluar je daripada simpang tak tengok kiri kanan. nasib baik tak terlanggar. Kalau tak, dah jadi kes lain plak. Kereta saga tu keluar daripada simpang dan menghala ke arah bertentangan.Aku perasan driver dia macam budak belasan tahun lagi. Agaknyalah...

Sambung balik pasal cerita hon, aku ade menerima satu email dari sorang kawan pasal bunyi hon. Bunyi hon ni rupanya ada maksud...

Pensil dan Kamera ( Kreatif sungguh)

 















Kreatif sungguh. Memang orang yang buat ni menggunakan otak kanannya dengan baik.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam sejahtera. Selamat hari raya aidiladha aku ucapkan kepada semua. Hari ini aku menyambut hari raya aidiladha di kampung ku sendiri. Bukan apa, hari raya puasa hari tu aku beraya di rumah mertua buat pertama kalinya. Kampung aku di Negeri Sembilan, mungkin sambutannya x semeriah di sebelah negeri Pantai Timur atau di sebelah Utara.

Thursday, November 11, 2010

Kepada Bakal Pengantin (Khususnya Pengantin Perempuan)

Alhamdulillah, kenyang. Balik dari kerja tadi lebih kurang pukul 6.30 petang. Sampai saje di rumah, isteri ku telah siap memasak. Selesai sahaja membersihkan diri, aku pun duduk makan bersama-sama dengan isteriku. 
Kenyang betul rasanya bila dapat makan masakan isteri sendiri ditambah pula dengan layanan yang diberikan. Beruntung aku...hehehehe....

Rehat Sebentar

Selamat sejahtera semua. Hari ini cuaca agak baik, panas dan sedikit berangin. Hari ini kerja aku di pejabat ialah membuat semakan ke atas fail-fail kes yang dibawah selian aku. Belum habis disemak sebenarnya, lepas lunch hour nanti akan ku sambung lagi. Pendek kata "selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja". So sebelum kepala otak ni meletup, baik aku take a break kejap. 

Dalam pada tu...

1st time - The Intro

Assalamualaikum W.B.T. Selamat sejahtera semua. Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Waktu saya menulis ini, isteri saya telah pun masuk tidur. Awal dia tidur hari ni, badannya tak berapa sihat. Biasalah sakit orang perempuan yang terpaksa dihadapi oleh kaum hawa ini setiap bulan. Waktu ni baru sahaja pukul 9.30 malam, suasana di rumah saya ketika ini agak sunyi walaupun "malam masih lagi muda". Mungkin hari ni, hari aman sedunia agaknya kerana kebiasaannya anak-anak jiran serta budak-budak bujang yang tinggal berhampiran rumah saya ini, lepak-lepak dan bermain-main di luar.


Lamborghini - Kereta yang aku dapat dalam mimpi

Setelah sekian lama aku mengenal teknologi yang diberi nama internet ini, inilah kali pertama aku mempunyai blog sendiri. Kalau hendak diikutkan, penulisan blog ini dah lama menular di internet. Cuma aku saje yang tak ambil tahu. Selama ini aku banyak menghabiskan masa men"download lagu", email, cari wallpaper ke, cari bahan untuk assignment ( masa di universiti dulu : 2000 - 2005) dan pada zaman aku dulu, Facebook belum popular, yang paling famous adalah Friendster. Tapi sejak dua menjak ini, penulisan blog semakin mendapat sambutan mahupun ditulis oleh golongan professional, pelajar, remaja mahupun kanak-kanak. Jadi...untuk tidak mahu ketinggalan zaman akupun mahu mencuba try test atau kata orang putihnya " affraid to try is affraid to live..." ( btul ker? aku sendiri pun tak pasti dengan kata-kata mat salih ni..hehehe).

Oklah, setakat ni dulu ape yang hendak aku cerita. Sebenarnya, aku nak test dulu. Kalau ok, macam2 cerita akan aku kongsi bermula dari pendapat peribadi, minat, isu panas, info best (dari email) dan macam2 lagi.
Ok...chow dulu. Assalamualaikum..