Thursday, November 11, 2010

Rehat Sebentar

Selamat sejahtera semua. Hari ini cuaca agak baik, panas dan sedikit berangin. Hari ini kerja aku di pejabat ialah membuat semakan ke atas fail-fail kes yang dibawah selian aku. Belum habis disemak sebenarnya, lepas lunch hour nanti akan ku sambung lagi. Pendek kata "selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja". So sebelum kepala otak ni meletup, baik aku take a break kejap. 

Dalam pada tu...
teringat pulak pasal blog yang baru aje aku buat malam tadi. So untuk menambahkan lagi skill sambil meluahkan perasaan, aku pun terasa nak buat post baru. Bukan ada apa nak citer sangat, sekadar menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. 

Hari ni kantin di pejabat aku dibuka setelah 2 hari tutup. Sepanjang 2 hari lepas aku dan officemate yang lain terpaksa keluar dari pejabat untuk lucnh. Office aku ni pulak letaknya kat hujung dunia, kedai makan semua jauh-jauh. Bukan macam kat KL, Shah Alam, atau bandar-bandar besar lain...bersepah kedai makan. Lauk pauk pun macam2 jenis. Dari nasi campur, masakan panas, western food sampai la ke makanan mamak. Semua ada. Berbeza sikit dengan tempat tinggal aku ini iaitu diberi nama........Port Dickson. 

Port Dickson ni, bandar persisiran pantai. Sepanjang perjalanan dari rumah ke pusat bandarnya akan melalui satu jalan utama sahaja yang berhampiran dengan pantai. Bandarnya terletak di bahagian atas jika dilihat di atas peta. Kawasan perumahan  seperti taman-taman dan kampung di bahagian bawah. Jauh betul kalau nak ke pekannya sebab hanya ada satu jalan sahaja. Jalannya pula sibuk dengan lalulintas. Kalau nak diikutkan tidaklah sejauh mana, dari rumah aku ke pusat bandar lebih kurang 20 km. Kalau dari rumah orang tua aku memang agak jauh sedikit, jaraknya lebih kurang 35 km. Sebabnya orang tua aku tinggal di kawasan paling hujung dalam daerah Port Dickson ni, bersempadanan dengan negeri Melaka. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan daerah Port Dickson ni, bolehlah klik link di bawah.


Perut dah rasa lapar, kantin di office aku pulak menyediakan masakan tengahari agak awal. Dalam pukul 11.00 dah ada nasi campur. Sekarang pun dah pukul 12 lebih. So aku nak pegi makan dulu. Pastu nak sambung buat kerja yang tertangguh tadi. Jom makan......

No comments:

Post a Comment