Thursday, November 18, 2010

Bunyi Hon dan maksudnya...

Blogger Templates

Blogger Templates

Salam sejahtera. Hari ni aku di sudah berkerja semula setelah cuti 1 hari menyambut Hari Raya Aidiladha. Namun masih ramai ofificemate aku yang masih bercuti. Tengahari tadi aku keluar lunch berseorangan. Apa nak buat, nasib badan. Banyak kedai yang masih tak bukak, cuti raya lagi agaknya...
Setelah selesai menjamu selera, aku pun memulakan perjalanan pulang ke pejabat semula. Sedang dalam perjalanan, sebuah kereta Myvi di hadapan aku brake mengejut dan membunyikan hon agak panjang. Rasa-rasa nya dalam 6 harkat panjangnya (kalau dikira mengikut hukum tajwid mengaji al-quran). Nasib baik aku pun tak bawak laju dan sempat juga brake. Dalam pada tu rupa-rupanya baru aku tau apesal keta tadi wat brake emergency. Ade sebuah keta proton saga biru ni, main keluar je daripada simpang tak tengok kiri kanan. nasib baik tak terlanggar. Kalau tak, dah jadi kes lain plak. Kereta saga tu keluar daripada simpang dan menghala ke arah bertentangan.Aku perasan driver dia macam budak belasan tahun lagi. Agaknyalah...

Sambung balik pasal cerita hon, aku ade menerima satu email dari sorang kawan pasal bunyi hon. Bunyi hon ni rupanya ada maksud...

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
 
Aku bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk korang sekarang. Hehehe.
1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ; 


TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM


Hehehe...yang last sekali tu hanyalah gurauan semata-semata. Jgn marah yer, nanti kenal jual. Padan muka hang.. So dalam kes aku tadi driver kereta Myvi tu bagi 1x hon panjang, maknanya betullah maksudnya kepada driver kereta saga tadi tu.. Hmmmm...possible..possible...

1 comment: