Thursday, November 11, 2010

Kepada Bakal Pengantin (Khususnya Pengantin Perempuan)

Alhamdulillah, kenyang. Balik dari kerja tadi lebih kurang pukul 6.30 petang. Sampai saje di rumah, isteri ku telah siap memasak. Selesai sahaja membersihkan diri, aku pun duduk makan bersama-sama dengan isteriku. 
Kenyang betul rasanya bila dapat makan masakan isteri sendiri ditambah pula dengan layanan yang diberikan. Beruntung aku...hehehehe....

Dalam pada duduk-duduk sambil menonton tv, aku sempat juga melayari internet. Bukan apa, nak check akaun CIMB berapa lagi balance yang tinggal. Then apa lagi, bukak blog la, keinginan nak menulis dah datang semula. 

Sekejap saje dah bulan November, dah nak masuk tahun 2010. Sekarang ni aku sedang menyusun atur financial aku. Tu yang bukak CIMB Click tadi tu. Banyak undangan perkahwinan aku terima sepanjang bulan November dan Disember ni. Musim orang kahwin. Lepas hari raya haji ni, aku akan ke Perak, menghadiri majlis perkahwinan kawan baik isteriku. 

Untuk yang bakal berkahwin, mungkin gambar ni nanti menarik minat korang untuk tiru design macam ni (khas untuk pengantin perempuan). Kepada semua bakal pengantin, selamat pengantin baru aku ucapkan. Tahniah.






1 comment: