Thursday, November 11, 2010

1st time - The Intro

Assalamualaikum W.B.T. Selamat sejahtera semua. Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Waktu saya menulis ini, isteri saya telah pun masuk tidur. Awal dia tidur hari ni, badannya tak berapa sihat. Biasalah sakit orang perempuan yang terpaksa dihadapi oleh kaum hawa ini setiap bulan. Waktu ni baru sahaja pukul 9.30 malam, suasana di rumah saya ketika ini agak sunyi walaupun "malam masih lagi muda". Mungkin hari ni, hari aman sedunia agaknya kerana kebiasaannya anak-anak jiran serta budak-budak bujang yang tinggal berhampiran rumah saya ini, lepak-lepak dan bermain-main di luar.


Lamborghini - Kereta yang aku dapat dalam mimpi

Setelah sekian lama aku mengenal teknologi yang diberi nama internet ini, inilah kali pertama aku mempunyai blog sendiri. Kalau hendak diikutkan, penulisan blog ini dah lama menular di internet. Cuma aku saje yang tak ambil tahu. Selama ini aku banyak menghabiskan masa men"download lagu", email, cari wallpaper ke, cari bahan untuk assignment ( masa di universiti dulu : 2000 - 2005) dan pada zaman aku dulu, Facebook belum popular, yang paling famous adalah Friendster. Tapi sejak dua menjak ini, penulisan blog semakin mendapat sambutan mahupun ditulis oleh golongan professional, pelajar, remaja mahupun kanak-kanak. Jadi...untuk tidak mahu ketinggalan zaman akupun mahu mencuba try test atau kata orang putihnya " affraid to try is affraid to live..." ( btul ker? aku sendiri pun tak pasti dengan kata-kata mat salih ni..hehehe).

Oklah, setakat ni dulu ape yang hendak aku cerita. Sebenarnya, aku nak test dulu. Kalau ok, macam2 cerita akan aku kongsi bermula dari pendapat peribadi, minat, isu panas, info best (dari email) dan macam2 lagi.
Ok...chow dulu. Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment